Blogger Backgrounds

Monday, 27 February 2012

Ayat Majmuk

Ayat Majmuk
1)     Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Ayat 1 di bawah, misalnya, ialah ayat hasil daripada cantuman ayat 1(a) dengan ayat 1(b) ;

1.    Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan matematik.
a)    Ali sedang membaca buku.
b)    Fatimah sedang membuat latihan matematik.

2)     Dengan berdasarkan cara ayat majmuk itu dibentuk, terdapat tiga jenis utama iaitu :

                      i.        Murid-murid berlari dan bernyanyi.
                    ii.        Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk.
                   iii.        Encik hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat?

3)     Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata hubung, apabila ini berlaku, nada suara berfungsi sebagai penanda, iaitu disuarakan sebagai deretan penyataan. Sebagai contoh :

                      i.        Ali berdiri tegak, memerhatikan gerak-geri mereka.
                    ii.        Penari-penari itu sungguh santun, melenggok ke kiri, melenggok ke kanan.

4)     Ayat-ayat ini dipisahkan oleh tanda baca koma (,).

Contoh ayat majmuk gabungan dalam cerpen dikaji :

               i.        Kerusi kayu ditariknya lalu duduk.
              ii.        Mimi tersenyum sambil menggeleng-geleng.
            iii.        Beberapa bekerja di bandar sebagai guru dan kerani.
            iv.        Sayur-sayuran timun dan kangkung disiram dan dibuang rumput-rampainya.


Ayat Majmuk Pancangan

1)     Ada ayat majmuk yang terdiri daripada beberapa ayat yang kedudukan antara ayat itu tidak sama. Dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat yang utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.

2)     Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan dalam bahasa Melayu, yang ditentukan oleh cara pembentukan dan jenis ayat yang dipancangkan, iaitu :

               i.        Ayat relatif.
              ii.        Ayat komplemen.
            iii.        Ayat keterangan.

Ayat Relatif
Ayat relatif ialah ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang, seperti contoh yang berikut :

               i.        Saya membeli baju yang berwarna merah.
              ii.        Mereka menonton wayang yang sangat lucu.
            iii.        Emak menggosok baju yang dijahit oleh Lina.

Contoh ayat majmuk pancangan (ayat relatif) dalam cerpen yang dikaji :

               i.        Zahid melepaskan nafas yang panjang.
              ii.        Dia membelek-belek kertas putih yang terselit di mesin taip abangnya.
            iii.        Macam mana agaknya kalau bom yang meletup tadi?
Ayat Komplemen
1)     Perhatikan ayat-ayat berikut:

               i.        Murid yang sakit itu telah pulang.
              ii.        Dia menerangkan bahawa murid itu sakit.

2)     Seperti yang diterangkan di atas, perkataan yang dalam frasa yang sakit itu menggantikan frasa yang diulang, iaitu murid itu seperti yang berikut :

a)    Murid itu telah pulang.
b)    Murid itu sakit.


Contoh ayat komplemen dalam cerpen yang dikaji :
      i.        Dua beradik membelah malam yang masih muda.
    ii.        Sekejap dia meninjau ke bawah rumpun bambu yang agak gelap terlindung.
   iii.        Doctor Zahid merenung wajah pucat yang penuh balutan dan kesan luka.
   iv.        Ketika mengangkat muka barulah dia sedar yang Doktor Affandi yang bertungkus-lumus membantunya menyelamatkan Inong berdiri di sisinya.


Ayat Keterangan
   Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Perhatikan contoh ini:
      i.              Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu.
    ii.              Anak itu menangis kerana ia lapar.
   iii.             Ali tidak pandai semasa saya mengajarnya dahulu.

Contoh ayat keterangan dalam cerpen yang dikaji:

      i.               Zahid menghampiri simpang tiga yang lebat ditumbuhi rumpun bambu.
    ii.               Dia berpura-pura mendengar dengan teliti.
   iii.               Kegagalan itu diterimanya dengan hati tabah.
   iv.                Ingin dia mencapai tangan gadis itu untuk dikucup sebagai tanda terima kasih.

Kata Tugas

Kata Tugas

1)     Kata tugas ialah gologan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu byang terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsure inti bagi frasa-frasa endosentrik, iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

2)     Kata tugas boleh menjadi sama ada sebagai kata penghubung, penerang, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, ataupun tugas-tugas yang lain lagi.

3)     Kata tugas boleh dikenal pasti sebagai yang berikut :

a)    Kata hubung    :           dan, atau, tetapi

Contoh kata hubung dalam cerpen yang dikaji :

               I.  Sesiapa yang leka dan cuai, pasti kecewa dan melepas.
              II.  Dia yang amat perasa dan cepat tersinggung sudah dapat menyelami hati abangnya itu.
            III.  Dari samar-samar cahaya rembulan dia dapat merasakan tikaman Zahid yang redup tetapi menusuk itu.

b)    Kata seru           :           wah, amboi, aduh

Contoh kata seru dalam cerpen yang dikaji:

             I.    “Oh, terima kasih, Mi. Kau tak minum sama?”
            II.    “Huh, kau Inong! Aku ingat hantu simpang tiga tadi.”
           III.    “Ei, kenapa tak ke sekolah? Ponteng, ya? Kan dah dekat nak periksa ni? Malas ke ?”.

c)    Kata tanya         :           bagaimana, bila, mengapa, berapa

Contoh kata tanya dalam cerpen yang dikaji:

             I.    “Mi, mak ke mana? Abah ke kebun, kan?”
            II.    “kenapa kau tak beritahu abang? Bila sakitnya? Sakit apa?”
           III.    Mengapa Inong bertindak demikian?
          IV.    “Panas betul hari ini. Apa kau buat di sini? Kenapa tak ke sekolah?”

d)    Kata perintah    :           sila, tolong, harap

Contoh kata perintah dalam cerpen yang dikaji:

            I.     Ayuh cepat balik, kata tak sihat. Tak manis anak ketua kampung merayau-rayau tengah-tengah hari buta begini.”
          II.     “Bang, bang....tolong temankan saya ke kedai sekejap.”
         III.     Marilah cepat, abang pun nak beli pensel dan pembaris untuk esok.”

e)    Kata pangkal ayat       :           hatta, maka, syahadan

Contoh kata pangkal ayat dalam cerpen yang dikaji:

          I.       Meskipun esok hari minggu, tetapi sudah menjadi kebiasaannya bangun seperti biasa juga, pukul 5.30 pagi.
         II.       Apabila keputusan peperiksaan SPm diumumkan, ramai kawannya berjaya.

f)     Kata bantu        :           akan, sudah, pernah

Contoh kata bantu dalam cerpen yang dikaji:

         I.        Zahid teringat, sebulan lagi dia akan ke kuliah semula.
       II.        Dia yang amat perasa dan cepat tersinggung sudah dapat menyelami hati abangnya itu.

g)    Kata penguat    :           amat, sangat, paling

Contoh kata penguat dalam cerpen yang dikaji:

      I.                 Dia datang semula mendapatkan abangnya yang amat disayangi dan dihormatinya itu.
    II.                 Dia yang amat perasa dan cepat tersinggung sudah dapat menyelami hati abangnya itu.
   III.                 Kedai di simpang masuk Kampung Seri Tanjung tidak jauh sangat.

h)   Kata penegas   :           juga, -lah, -tah, pun

Contoh kata penegas dalam cerpen yang dikaji:

      I.                 Kalaulah aku dapat menyiapkan semua tugas ini, alangkah bahagianya!
    II.        “   Eh, mak! Tak payahlah tunggu saya.”
   III.               Bersabarlah, aku cuba juga untuk mencapai cita-cita kita bersama untuk masuk universiti.

i)     Kata nafi                        :           tidak, bukan

Contoh kata nafi dalam cerpen yang dikaji:

      I.        “       Za, kau fahan tak. Kaupinjamkan tugasan tu bukan kerana aku anak ketua kampung?   Bukan   kerana ayahmu menorah di kebun ayahku? Bukan kerana akau ni kawan baik Mimi, adikmu?”
    II.              Zahid tidak pernah menyalahkan sesiapa.
   III.              Dia tidak pula cemburu akan kejayaan kawan-kawannya yang lain.

j)      Kata pemeri      :           ialah, adalah

Contoh kata pemeri dalam cerpen yang dikaji:
           
     I.        Tempat pertemuan biasa ialah di simpang tiga rumpun bambu.

k)    Kata sendi nama         :           di, ke, dari, dengan

Contoh kata sendi nama dalam cerpen yang dikaji:

I.          Di anjung rumah Melayu yang sederhana besarnya, Zahid menghela nafasnya panjang-panjang.
II.         Jalan yang baru diturap dengan batu goring itu berderap-derap digilis oleh roda basikalnya.
III.        Beberapa orang bekerja di bandar sebagai guru dan kerani.
IV.       Beberapa lama kemudian dia menoleh ke arah abangnya di anjung.

l)     Kata pembenar                        :           ya, benar, betul

Contoh kata pembenar dalam cerpen yang dikaji:

I.       “Ei, kenapa tak pergi sekolah? Ponteng, ya?”
II.      “Panas betul hari ni. apa kau buat di sini? Kenapa tak ke sekolah?”
III.    “Zahid, memanglah peperiksaan kau tu dah hampir benar.....”

m)  Kata bilangan               :           dua, segala, beribu-ribu, masing-masing

Contoh kata bilangan dalam cerpen yang dikaji:

I.          Kalaulah aku dapat menyiapkan semua kerja ni, alangkah bahagianya!
II.         Beberapa orang bekerja di bandar sebagai guru dan kerani.
III.        Kesemuanya untuk menjadikan aku dan Mimi, orang yang pandai dan berjaya.

n)   Kata arah           :           atas, bawah, dalam

Contoh kata arah dalam cerpen yang dikaji:

I.          Zahid hanya menangis di dalam hati.
II.         Selepas sembahyang subuh berjemaah, dia ke belakang rumah.
III.        Sekejap dia meninjau ke bawah rumpun bambu yang agak gelap terlindung.
IV.       Duit abang tertinggal di atas meja tadi.

o)    kata pembenda            :           -nya

Contoh kata pembenda dalam cerpen yang dikaji:

I.          Penatnya mak dan ayah bekerja.
II.         Hem,nyamannya pagi ini.
III.        Itu sebabnya sudah seminggu keputusan diumumkan, baru Inong gagah ke rumahnya.
IV.       Walau akhirnya kau berkahwin dengan seorang pegawai diplomat dan bergelar datin...

p)    Kata penekan               :           -nya

Contoh kata penekan dalam cerpen yang dikaji:

I.          Keseluruhannya, penduduk di sini menorah getah dan bersawah padi.

Kata Kerja Transitif dan Tak Transitif

Kata Kerja
Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.

Kata Kerja Tak Transitif
1)     Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.

2)     Kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.

a)    Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
bangun                           berjalan
tumbang                         tersenyum
pulang                            terpegun
menangis                       menguning

b)    Kata kerja tak transitif berpelengkap
beransur (pulih)
tinggal (di bandar)
menjadi (guru)
berbuat (baik)

Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap dalam cerpen yang dikaji :

      i.               Setelah satu hirupan, dia menorah kepada adiknya yang masih tercegat.
    ii.               Basikalnya terjatuh.
   iii.             Buku-buku daripada beg sekolahnya terkeluar.
   iv.              Ketawa mereka berdua pecah berderai.
    v.               Penatnya mak dan ayahnya bekerja.
   vi.              Dia tunduk.

  Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap dalam cerpen yang dikaji :

      i.                 Zahid mengemas-ngemas meja tulisnya.
    ii.                 Zahid melepaskan nafas yang panjang.
   iii.               Mak Atun berlalu ke dalam sambil membetulkan kain sarungnya.
   iv.                 Zahid tidak pernah menyalahkan sesiapa.
    v.                 Dua beradik membelah malam yang masih muda.

Kata Kerja Transitif

1)     Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek.

2)     Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja dalam ayat aktif dan kata kerja dalam ayat pasif.

3)     Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau –i.

4)     Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

 Contohnya :

               i.  Ali membeli buku. (aktif)
              ii.  Buku dibeli oleh Ali. (pasif)

Contoh kata kerja transitif dalam ayat aktif dalam cerpen yang dikaji:

      i.                    Zahid mengemas-ngemas meja tulisnya.
    ii.                    Zahid terus mengunyah ubi rebus yang masih berasap itu.
   iii.                   Itu memang takdir untuk menduga kecekalan hatinya.
   iv.                    Zahid hanya menangis di dalam hati.
    v.                     Bersabarlah, aku cuba juga mencapai cita-cita kita bersama untuk masuk universiti.
   vi.                    Jejak teman baiknya itu seolah-olah kian mencabar kebolehannya.

Contoh kata kerja transitif dalam ayat pasif dalam cerpen yang dikaji:

      i.                  Kerusi kayu ditariknya lalu duduk.
    ii.                  Jalan yang baru diturap dengan batu goring itu berderap-derap digilis oleh roda basikalnya.
   iii.                 Zahid menghampiri simpang tiga yang lebat ditumbuhi rumpun bambu.
   iv.                  Sayur-sayuran timun dan kangkung disiram dan dibuang rumput-rampainya.
    v.                   Wajah gadis anak ketua kampung itu ditatapnya lama-lama.
   vi.                 Tentu Mimi perasan, tentu Inong tambah manlu dipuji di hadapan orang lain.