Blogger Backgrounds

Wednesday, 22 February 2012

Enjin Pencarian Maklumat

STRATEGI  PENCARIAN MAKLUMAT

Apabila mendapat  tajuk tugasan, anda perlu mempunyai strategi yang berkesan untuk memastikan tugasan tersebut dapat diselesaikan dalam masa yang telah ditetapkan dan maklumat yang dikehendaki dapat diperolehi.

Lima langkah PENTING yang perlu dilakukan iaitu:
LANGKAH DEMI LANGKAH

1. KENALPASTI  MAKLUMAT YANG DIKEHENDAKI

1.                   Mulakan tugasan dengan memahami tajuk tugasan yang anda perolehi.

2.                 Tentukan skop pencarian dengan mengenalpasti tempoh masa dan kawasan geografi seperti yang dikehendaki.

3.                 Kenalpasti konsep dan definisi yang terdapat dalam tajuk tugasan serta istilah-istilah yang berkaitan dengan tajuk tugasan anda.
Anda perlu merujuk kepada kamus, thesaurus, glosari, ensiklopedia, buku panduan untuk mendapatkan maklumat berkaitan definisi dan istilah-istilah yang berkaitan.

2. KENALPASTI  BENTUK MAKLUMAT YANG AKAN DIGUNAKAN

 Anda perlu mengenalpasti  jenis bahan maklumat yang akan digunakan dan juga tahap maklumat yang diperlukan. Ini adalah untuk memastikan anda menggunakan bahan maklumat tersebut secara berkesan.
Fakta ringkas
- Kamus
- Ensaiklopedia

Maklumat biografi
- Ensaiklopedia
- Biografi
- Autobiografi

Maklumat semasa
- Artikel Jurnal/ majalah
- Keratan Akhbar
- Akhbar
- Internet

Maklumat mendalam berkenaan sesuatu subjek
- Buku dan artikel jurnal
- Buku lebih komprehensif tetapi  selalunya maklumat di dalamnya agak lama
- Artikel jurnal memberikan maklumat yang lebih mendalam dalam subjek yang tertentu
- Laman web juga memberikan maklumat yang lebih terperinci tetapi perlu dibuat penilaian laman web tersebut terlebih dahulu.

Maklumat khusus
- Kertas persidangan
- Tesis
- Standards
- Laporan tahunan
- Statistik



3. KENALPASTI  CARA UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TERSEBUT

    Maklumat terdapat dalam pelbagai bentuk. Anda perlu mengenalpasti sumber maklumat tersebut dan cara untuk mendapatkannya:

a)                 Buku dan jurnal
          * Gunakan katalog Perpustakaan USM: KRISALIS
* Sekiranya  bahan tiada di Perpustakaan USM, gunakan katalog Perpustakaan universiti yang lain dan  dapatkan perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan

b)                Artikel jurnal atau majalah
         * Pangkalan data seperti EbscoHost, ProQuest, ScienceDirect dll.
         * Indeks dalam bentuk bercetak atau elektronik

c)                 Keratan akhbar
          * Indeks Keratan akhbar
          * Koleksi Digital ( dalam laman web Perpustakaan USM )
* Utusan Online (Archieve)

d)                 Internet
* Menggunakan enjin pencarian seperti Google, Yahoo dan lain-lain
* Direktori / Perpustakaan Maya (Virtual Library)

4.                MEMBUAT PENILAIAN KE ATAS MAKLUMAT YANG TELAH DIPEROLEHI

Ketika mendapatkan maklumat, anda perlu membuat penilaian ke atas bahan-bahan maklumat yang diperolehi. Penilaian adalah perlu untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah menepati tajuk tugasan.

Antara kriteria yang perlu diambil kira ketika membuat penilaian ialah:
a)                 Ketepatan maklumat
b)                Kesesuaian maklumat
c)                 Penulis diketahui atau pakar dalam bidang tersebut
d)                 Jangkamasa maklumat
e)                 Liputan maklumat
     
      Bagi tugasan pada peringkat universiti, maklumat yang diperlukan adalah bersifat ilmiah/akademik.
      Jika sekiranya anda tidak berpuashati dengan maklumat yang diperolehi, ubahsuai pencarian maklumat di mana perlu.

5.   MENYENARAIKAN  BAHAN RUJUKAN YANG DIGUNAKAN
    
Apabila memulakan tugasan, adalah amat penting menyenaraikan bahan-bahan maklumat yang digunakan secara bersistematik. Ini adalah untuk memudahkan anda mendapatkan kembali bahan tersebut sekiranya perlu kepada penambahan atau memperbetulkan maklumat yang tertentu.

Terdapat pelbagai format/ bentuk penulisan rujukan/ bibliografi yang boleh digunakan seperti sistem APA Styles (American Psychological Association), MLA Styles (Modern Language Association), Harvard  System dan lain-lain lagi. Sekiranya tidak pasti, rujuk kepada penyelia/ pensyarah mengenai format yang perlu digunakan dalam tugasan anda.

No comments:

Post a Comment