Blogger Backgrounds

Monday, 27 February 2012

Kata Kerja Transitif dan Tak Transitif

Kata Kerja
Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif.

Kata Kerja Tak Transitif
1)     Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.

2)     Kata kerja tak transitif dapat dipecahkan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.

a)    Kata kerja tak transitif tak berpelengkap
bangun                           berjalan
tumbang                         tersenyum
pulang                            terpegun
menangis                       menguning

b)    Kata kerja tak transitif berpelengkap
beransur (pulih)
tinggal (di bandar)
menjadi (guru)
berbuat (baik)

Contoh kata kerja tak transitif tak berpelengkap dalam cerpen yang dikaji :

      i.               Setelah satu hirupan, dia menorah kepada adiknya yang masih tercegat.
    ii.               Basikalnya terjatuh.
   iii.             Buku-buku daripada beg sekolahnya terkeluar.
   iv.              Ketawa mereka berdua pecah berderai.
    v.               Penatnya mak dan ayahnya bekerja.
   vi.              Dia tunduk.

  Contoh kata kerja tak transitif berpelengkap dalam cerpen yang dikaji :

      i.                 Zahid mengemas-ngemas meja tulisnya.
    ii.                 Zahid melepaskan nafas yang panjang.
   iii.               Mak Atun berlalu ke dalam sambil membetulkan kain sarungnya.
   iv.                 Zahid tidak pernah menyalahkan sesiapa.
    v.                 Dua beradik membelah malam yang masih muda.

Kata Kerja Transitif

1)     Kata kerja transitif ialah kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek.

2)     Kata kerja transitif juga dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kata kerja dalam ayat aktif dan kata kerja dalam ayat pasif.

3)     Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif ialah kata kerja yang menerima awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau –i.

4)     Kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.

 Contohnya :

               i.  Ali membeli buku. (aktif)
              ii.  Buku dibeli oleh Ali. (pasif)

Contoh kata kerja transitif dalam ayat aktif dalam cerpen yang dikaji:

      i.                    Zahid mengemas-ngemas meja tulisnya.
    ii.                    Zahid terus mengunyah ubi rebus yang masih berasap itu.
   iii.                   Itu memang takdir untuk menduga kecekalan hatinya.
   iv.                    Zahid hanya menangis di dalam hati.
    v.                     Bersabarlah, aku cuba juga mencapai cita-cita kita bersama untuk masuk universiti.
   vi.                    Jejak teman baiknya itu seolah-olah kian mencabar kebolehannya.

Contoh kata kerja transitif dalam ayat pasif dalam cerpen yang dikaji:

      i.                  Kerusi kayu ditariknya lalu duduk.
    ii.                  Jalan yang baru diturap dengan batu goring itu berderap-derap digilis oleh roda basikalnya.
   iii.                 Zahid menghampiri simpang tiga yang lebat ditumbuhi rumpun bambu.
   iv.                  Sayur-sayuran timun dan kangkung disiram dan dibuang rumput-rampainya.
    v.                   Wajah gadis anak ketua kampung itu ditatapnya lama-lama.
   vi.                 Tentu Mimi perasan, tentu Inong tambah manlu dipuji di hadapan orang lain.

1 comment: